Page 120 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 120
BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang/Pendek.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Merancang takwim dan jadual aktiviti tahunan.
5. Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual ko kurikulum.
8. Menentukan tarikh Temasya Sukan, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksananakan di sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prsetasi
cemerlang dalam bidang masing-masing.
SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Membantu GS/U Kokurikulum merancang aktiviti kokurikulum sekolah.
2. Memastikan takwim, jadual aktiviti dan peraturan kokurikulum sekolah berjalan mengikut perancangan.
3. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Zon,
MSSD/MSSS/MSSM.
4. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
5. Merekod setiap pencapaian murid yang akan menerima pengiktirafan dan penghargaan atas prestasi
cemerlang dalam bidang masing-masing.
6. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSS/MSSM.
3. Menetapkan murid dalam rumah sukan.
4. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
5. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
6. Mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan sekolah.
7. Mengadakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sekolah.
8. Menyediakan laporan lengkap tentang sesuatu aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran,
rujukan dan rekod.
9. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan sukan sekolah.
10. Merekod pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian
Kecemerlangan Sekolah.
| 110

