Page 121 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 121

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM/PERSATUAN/KELAB/SUKAN DAN PERMAINAN
                   1.  Mengatur dan menyelia perjalanan unit beruniform/persatuan/kelab/sukan dan permainan.
                   2.  Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

                   3.  Menyelaraskan semua aktiviti.
                   4.  Menentukan semua aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
                   5.  Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan.
                   6.  Memastikan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat direkodkan dan difailkan.
                   7.  Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid.

                   8.  Menyelia fail aktiviti sepanjang tahun.
                   9.  Mengumpul kad Kokurikulum pada akhir tahun untuk direkod di Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
                   10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

               GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM/PERSATUAN/KELAB/SUKAN DAN PERMAINAN
                   1.  Mengadakan mesyuarat dan pemilihan AJK dalam kalangan murid.
                   2.  Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan aktiviti sekolah.
                   3.  Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan.
                   4.  Merancang aktiviti tahunan dan diserahkan kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod.
                   5.  Melengkap dan mengemaskini fail aktiviti.
                   6.  Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
                   7.  Merancang aktiviti untuk peningkatan unit beruniform/persatuan/kelab/sukan dan permainan.
                   8.  Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan.
                   9.  Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perlembagaan.
                   10. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari
                       Upacara, Hari Guru dan lain-lain.
                   11. Mengurus aktiviti murid yang menyertai kegiatan persatuan/kelab/badan beruniform/ sukan dan permainan.
                   12. Memastikan keselamatan murid-murid semasa aktiviti dijalankan.
                   13. Menyediakan sijil penyertaan/penghargaan kepada semua ahli pada akhir tahun.


               KETUA/GURU RUMAH SUKAN
                   1.  Memastikan adanya senarai nama murid ahli rumah sukan..
                   2.  Guru dan murid wajib hadir latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam Buku Rekod Kehadiran.
                   3.  Membentuk AJK rumah dalam kalangan murid.
                   4.  Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
                   5.  Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk menjadi wakil sekolah.
                   6.  Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
                   7.  Merekod kedatangan murid dan mengambil tindakan murid yang tidak hadir.
                   8.  Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
                   9.  Sentiasa berbincang untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
                   10. Merekod dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada setiausaha
                   11. sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.










                                                                                                                | 111
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126