Page 82 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 82
PERANAN SETIAUSAHA KURIKULUM
1. Membantu Penolong Kanan dalam bidang kurikulum.
2. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.
3. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkan kepada semua
anggota panitia mata pelajaran.
4. Mengetuai panitia mata pelajaran bagi merangka RPT dan RPH.
5. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia mata pelajaran.
6. Mengagihkan pembahagian tugas di antara anggota panitia mata pelajaran mengenai penyediaan
soalan ujian dan peperiksaan bersama Ketua Pelajaran.
7. Merangka Takwim Panitia dan Mesyuarat Panitia sekurang- kurangnya 4 kali setahun.
8. Menyediakan laporan Tahunan Unit Kurikulum.
PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN
1. Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli
panitia.
2. Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
3. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan
pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
4. Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
5. Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid
dalam tiap-tiap ujian dan penilaian, mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-
strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
6. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan
perjumpaan Ad-Hoc apabila dan jika perlu.
7. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak
formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan
kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
8. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru dengan ahli-ahli lain yang diperolehi setelah
mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat.
9. Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan
(R&D).
10. Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan
hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
PERANAN KETUA DAN PENOLONG PANITIA MATA PELAJARAN
1. Menyelaras urusan kepanitian
1.1 Menguruskan semua program-program panitia samada yang wajib mahupun tambahan
termasuklah program-program ko-akademik.
1.2 Menguruskan dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan.
1.3 Mengurus kewangan yang diperuntukkan untuk panitia serta menguruskan inventori
barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu
Belajar)
2. Menguruskan mesyuarat panitia
2.1 Mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala
| 74

