Page 83 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 83

2.2 Membincangkan sasaran untuk prestasi subjek.
                  2.3 Membuat analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi.

           3.     Membuat perancangan tahunan
                  3.1 Membuat perancangan strategik, operasi dan sebagainya.
                  3.2 Menguruskan penyediaan RPT.
                  3.3 Membuat takwim semakan buku latihan.
                  3.4 Membuat sasaran pencapaian.
                  3.5 Merancang program akademik.

           4.     Melaksanakan tugas PdPc dan menjadi 'role model'
                  4.1 Ketua Panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya.
                  4.2 Mahir dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc subjek.

           5.     Menguruskan jadual waktu
                  5.1 Peka dengan jadual waktu guru.

           6.     Pemantauan dan Pencerapan
                  6.1 Membuat pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.
                  6.2 Membuat penilaian.
                  6.2 Membina intervensi untuk guru.

           7.     Memperkasakan staff
                  7.1 Membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form)
                  7.2 Melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.
                  7.3 Menilai program-program pembangunan guru.
                  7.4 Bertindak sebagai Coach yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang
                        untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya.
                  7.5 Bertindak sebagai Mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman.


           PERANAN SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN


           1.  Mengeluarkan surat panggilan mensyuarat kepada semua ahli panitia dan para jemputan yang lain.
           2.  Menyediakan segala agenda mesyuarat setelah berunding dengan Ketua Panitia.
           3.  Menyediakan minit mesyuarat panitia dengan segera.
           4.  Menyediakan salinan minit mesyuarat kepada AJK Panitia dan pihak sekolah.
           5.  Menyimpan rekod-rekod pengurusan dan perjalanan panitia serta fail-fail panitia.
           6.  Menyimpan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang berkaitan.
           7.  Mengemaskini fail-fail bagi tahun-tahun semasa seperti yang ditetapkan.
           8.  Membantu ketua panitia mengurus stok ABM / BBM panitia .
           9.  Membantu ketua panitia menganalisa ujian bulanan dan lain-lain peperiksaan di sekolah.
           10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

           PERANAN AHLI PANITIA MATA PELAJARAN

           1.  Menghadiri dan menyertai mesyuarat panitia.
           2.  Menyetujui cadangan-cadangan yang dirancang dalam mesyuarat panitia.
           3.  Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program yang dirancangkan sebaik mungkin.
           4.  Memberi perhatian dan membuat analisa/post mortem ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan bagi
               mengkaji kekuatan dan kelemahan yang ada.


                                                                                                                 | 75
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88