Page 97 - HIMPUNAN DOA
P. 97

Imam al-Khattabi menyatakan kita dituntut untuk memohon perlindungan
           daripada  penyakit-penyakit  ini  kerana  ia  mencacatkan  badan  dan  kekal
           kesannya serta sebahagiannya memberi kesan kepada akal. Penyakit-penyakit
           ini tidak sama dengan penyakit-penyakit lain yang mana ia tidak kekal seperti
           demam, pening dan seumpamanya yang mana ia adalah kaffarat (penghapus
           dosa) dan bukannya hukuman. (Lihat Ma’alim al-Sunan, 1/297)

              Tambahan pula, penyakit gila adalah suatu penyakit yang menyebabkan
           hilangnya akal di mana akal adalah permulaan kepada kebaikan ilmu dan amal
           sehingga dikatakan ia (akal) lebih utama daripada ilmu.


              Adapun  penyakit  kusta  pula  adalah  penyakit  yang  menyebabkan  badan
           menjadi hitam, lalu ia akan merosakkan anggota dan kemungkinan ia akan
           memakan  anggota  tersebut  sehingga  menyebabkan  ia  terputus  daripada
           badan.  Justeru,  kita  dituntut  untuk  memohon  perlindungan  dengan  Allah
           daripada  apa-apa  yang  boleh  merosakkan  batin  kita  seperti  hilangnya  akal
           serta apa-apa yang boleh mencacatkan zahir kita seperti penyakit kusta ini.

              Maka  dengan  sebab  itu,  diumumkan  (pada  akhir  doa)  daripada  setiap
           penyakit  yang  membinasakan  diri  atau  badan  dengan  menyebut  penyakit-
           penyakit yang buruk. (Lihat al-Futuhat al-Rabbaniyyah, 7/217-218)

              Al-Tibi  pula  dalam  menjelaskan  hadith  ini  menyebut  bahawa  Nabi  SAW
           tidak  meminta  berlindung  secara  mutlak  daripada  segala  penyakit  kerana
           sebahagian penyakit ada yang tidak terlalu parah dan mengandungi banyak
           pahala jika dihadapi dengan sabar. Ini seperti demam, pening, sakit mata dan
           sebagainya. Baginda SAW hanya minta berlindung daripada penyakit-penyakit
           yang kronik, yang berpanjangan, di mana menjadikan manusia menjauhkan
           diri darinya seperti sopak, gila, kusta dan seumpamanya. (Lihat Syarh al-Tibi
           ‘ala Misykat al-Masabih, 6/1918)

              Kami  pernah  bertanya  kepada  Syeikh  Muhamad  ‘Awwamah  berkenaan
           makna  “penyakit-penyakit  yang  buruk”.  Menurutnya,  ia  adalah  apa-apa
           sahaja penyakit teruk yang berbahaya seperti selsema burung, kanser dan





                                                                                          93
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102