Page 11 - PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK: INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (2021)
P. 11
INTRAPERSONAL
• Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang
diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan
untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki
kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat
mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai
tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
• Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada
mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri
mereka sendiri.
• Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju
kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam
yang kuat serta boleh berdikari.
• Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar
secara bersendirian di perpustakaan dan gemar
melakukan renungan yang mendalam dan termenung di
persekitaran yang sangat sepi.
• Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini
mempunyai peribadi yang tertutup. Di samping itu,
mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan
dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri
sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri
dalam situasi konflik.
• Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa
yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial
serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta
bantuan pada saat-saat yang diperlukan.

