Page 7 - PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK: INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (2021)
P. 7
MUZIK
• Individu yang mempunyai kecerdasan muzik
berkebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik
serta irama yang terdapat di persekitarannya.
• Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan
untuk menggemari, mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik.
• Individu ini berupaya menggunakan set asas atau
elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat
muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik.
• Selain itu, individu yang cenderung dalam
kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo
muzik dan mudah mengenali dan mengingati
nada-nada bunyi atau muzik.

