Page 4 - PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK: INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (2021)
P. 4
VERBAL – LINGUISTIK
• Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada
kebolehan menggunakan Bahasa dengan efektif secara
lisan dan bertulis.
• Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan
berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi
mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,
mengingat maklumat dan memahami perkataan.
• Individu ini biasanya mempunyai kemahiran membaca,
menulis, bercerita dan menghafal perkataan. Individu ini
sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya.
• Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik
melalui pembacaan, mengambil nota, mendengar kuliah,
berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka
pelajari.
• Mereka juga mampu mempelajari bahasa asing dengan
mudah kerana mempunyai kebolehan untuk memahami
dan memanipulasi sintaks.
• Kemahiran verbal adalah satu daripada kebolehan yang
paling tinggi dalam individu ini. Individu ini juga pandai
berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita
atau membaca.
• Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut
menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan
berkaitan dengan pemikirannya.

