Page 25 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 25
5) Tumpukan perhatian di dalam kelas
Saya ada seorang sahabat semasa belajar di UiTM Kampus
Lendu yang kerjanya sewaktu ‘study week’ ialah marathon
movie dan drama. Yang peliknya bila dapat result sahaja mesti
sahabat saya itu mendapat dean list. Rupa-rupanya rahsia
beliau ialah dengan menumpukan perhatian dan fokus bila
berada dalam kelas. Nak fokus dalam kelas mesti sentiasa
bersedia untuk belajar dan niatkan dalam hati kita datang kelas
sebab nak mendapatkan ilmu daripada guru.
6) Hindari perkara yang mengganggu kita semasa belajar
Apakah gangguan besar semasa belajar? Jawapan Irdina sama
seperti pelajar lain. Jawapannya ialah telefon pintar. Sebelum
belajar, Irdina meminta ibunya untuk menyimpan telefonnya.
Jika nak gunakan untuk tujuan belajar, barulah dia meminta
kembali handphonenya. Saya faham sekarang dunia tanpa
sempadan, namun biarlah kita pandai dalam menguruskan
penggunaan telefon. Berpada-padalah. Adik-adik biarlah kita
yang lebih pintar daripada telefon pintar. Hehe.
7) Solat tahajjud dan membaca Al-Quran
Ini ialah amalan yang sangat hebat oleh Irdina yang menjadi
asbab kepada kejayaannya. Irdina kebiasannya tidur awal
pada malamnya dan kemudian bangun semula sekitar jam tiga
hingga empat pagi. Beliau mulakan dengan solat terlebih
dahulu dan kemudian membaca Al-Quran. Selepas itu, barulah
beliau mengulang kaji pelajaran sehinggalah waktu subuh. Adik-
adik, waktu pagi memang disarankan untuk kita menelaah
kerana waktu itulah otak kita sedang segar dan bersedia.
© Khalil Ismail

