Page 24 - Ebook Nota Motivasi 2.0
P. 24
2) Memperbanyakkan buat latihan bagi subjek Matematik
Matematik ialah subjek yang banyak memerlukan pengiraan dan
menghafal formula-formula matematik. Untuk memudahkan kita
skor subjek ini bukanlah dengan hanya menghafal, namun
dengan memahaminya juga. Bila kita banyak buat latihan, lebih
mudah untuk kita ingat dan faham tentang soalan yang diberikan.
3) Buat nota sendiri
Irdina ada tunjukkan nota-nota yang beliau hasilkan. Cantik dan
sesuailah dengan sifat keperempuanan. Buat nota sendiri ini
sebenarnya lebih kita faham sebab nota itu ditulis hasil
pembacaan kita daripada buku teks. Ada pelbagai cara untuk
buat nota antaranya peta minda, nota padat, nota kolektif dan
sebagainya.
4) Bertanya guru selalu
Saya memang respect Irdina ini kerana beliau selalu
mengorbankan waktu rehatnya untuk berjumpa dan bertanya
dengan guru. Irdina terlebih dahulu menyiapkan dua atau tiga
soalan dan kemudian barulah dia pergi merujuk gurunya. Bak
kata pepatah, “malu bertanya sesat jalan.” Adik-adik kena
tebalkanlah sikit muka itu untuk bertanya dengan cikgu atau
pensyarah jika mahu berjaya. Tak apa, nak berjaya kan?
© Khalil Ismail

