Page 3 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 3

Ruj. Tuan :
                                                               Ruj. Kami :   SKTBS/PIBG/100-7/1/7 (   )
                                                               Tarikh :      03 FEBRUARI 2020
             Kepada:
             Ibu bapa / penjaga
             SK Taman Bukit Subang

             Tuan/puan,

             NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG  PIBG SK TAMAN BUKIT SUBANG KALI
             KE-16  SESI 2020/2021

             Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

             2.     Berhubung dengan perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa  PIBG SK Taman Bukit Subang
             akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 yang akan diadakan seperti berikut:

                    Tarikh        : 22 Februari 2020 (Sabtu)
                    Masa          : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
                    Tempat        : Dewan Anggerik, SK Taman Bukit Subang

             3.     Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
                    3.1 Ucapan Penasihat PIBG SK Taman Bukit Subang
                    3.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020
                    3.3 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-15 sesi 2019/2020
                    3.4 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan sesi 2019/2020
                    3.5 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2019
                    3.6 Pembubaran Ahli Jawatankuasa  PIBG sesi  2019/2020
                    3.7 Memilih Ahli Jawatan Kuasa PIBG sesi 2020/2021
                    3.8 Membahaskan Usul/Cadangan
                    3.9 Ucapan Penangguhan

             4.     Oleh  yang  demikian,  tuan  puan  adalah  dijemput  hadir  bagi  memberi  sokongan  kepada
             kecemerlangan sekolah. Sila isi borang usul yang dilampirkan dan  kembalikan pada atau sebelum
             hari    Jumaat  14  Februari  2020.  Usul  yang  berbentuk  membantu  meningkatkan  kecemerlangan
             sekolah amat diharapkan.

             5.     Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

             Sekian, terima kasih.

             “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

             Saya yang menjalankan amanah,


             -------------------------------
             (MARWAN BIN YUSOF)
             Yang Di Pertua,
             Persatuan Ibu bapa dan Guru
             SK. Taman Bukit Subang
                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7   8