Page 8 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15 SESI 2019/2020
TARIKH : 17 FEBRUARI 2019/AHAD
MASA : 8. 00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN ANGGERIK, SK TAMAN BUKIT SUBANG
KEHADIRAN : 251 ORANG (rujuk lampiran)
URUS SETIA MESYUARAT:
1. PN. NORASYIDA BT YUSOF
2. PN. WAN FATEN HUMAIRAH BT WAN MUHAMMAD
1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2018/2019
1.1 Encik Azri bin Ariffin selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada
semua yang hadir terutama kepada pihak pentadbir, ibu bapa dan guru-guru yang
hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ke-15.
1.2 YDP memaklumkan jumlah kehadiran ibu bapa dan guru yang hadir ke mesyuarat
Agung PIBG kali ke-14 sesi 2017/2018 adalah seramai 216 orang.
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI
KE-14 SESI 2018/2019
2.1 Naib Setiausaha Puan Wan Faten Humairah bin Wan Muhamad memohon semua ahli
mesyuarat yang hadir menyemak buku laporan minit mesyuarat kali ke-14.
2.2 Naib Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 sesi
2018/2019
Pencadang: Encik Marwan bin Yusof
Disokong: Puan Haslinda binti Abd Aziz
3. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI
2018/2019
3.1 Encik Azri bin Ariffin selaku Yang Dipertua PIBG membentangkan laporan aktiviti
tahunan PIBG sesi 2018/2019.
3.2 Tiada perkara berbangkit.
3.3 Mesyuarat bersetuju mengesahkan laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2018/2019.
Pencadang: Encik Andersen Lega Rolf Kassim
Disokong: Encik Nasaruddin bin Rahim Taslim
7

