Page 3 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 3
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, segala pujian dan rasa penuh kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah s.w.t.
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat menyempurnakan buku ini. Saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat dalam menerbitkan buku ini , yang terdiri daripada semua penolong kanan,
semua guru kanan mata pelajaran, kaunselor-kaunselor dan
semua ahli-ahli jawatankuasa dan semua pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Buku ini penting sebagai panduan untuk merealisasikan visi dan misi sekolah di samping bidang tugas yang
berkaitan dengan profesion keguruan. Agihan tugas setiap individu di sekolah ini dibincang secara terperinci
dan dipersetujui secara kolaboratif oleh semua pentadbir sekolah. Dengan demikian,segala amanah yang
diberi harus dipikul dengan penuh wibawa dan akauntabiliti.
Bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), guru memainkan peranan untuk
melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Dalam konteks ini, kita sebagai guru perlu
memiliki satu wawasan yang unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berfikiran aras
tinggi dan mampu berinovasi supaya mampu meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid di
SMK Taman Putri. Hal ini selaras dengan tagline baharu sekolah iaitu #kitasentiasaterbaik#. Tagline ini
diharapkan dapat menjadi pendorong dan rangsangan motivasi kepada semua warga sekolah untuk muncul
cemerlang dalam pelbagai aspek khususnya bidang kurikulum, kokurikulum, pembangunan sahsiah dan
pengurusan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan seterusnya peringkat antarabangsa. Biarlah murid
kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan murid lain dalam persaingan peringkat global
di arena antarabangsa.
Dalam usaha mencapai matlamat kecemerlangan, segala cabaran yang mendatang perlu dilihat dan diambil
sebagai peluang. Pada tahun 2020, kita semua berdepan dengan cabaran pandemik Covid 19 yang menuntut
amalan normal baharu dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan. Situasi semasa pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menuntut kecekapan guru melaksanakan tugas secara jarak jauh,
kesediaan fasiliti dan peralatan yang sesuai, pengurusan masa, dan integriti setiap individu. Pengoperasian
sekolah era pascaPKP pula, menuntut sekolah melaksanakan perubahan seperti penjarakan sosial (fisical
distancing) sepanjang berada di sekolah, di dalam bilik darjah, amalan gaya hidup sihat dan amalan
kebersihan. Bagaimanapun warga pendidik tidak sewajarnya menganggap perubahan ini sebagai bebanan
sebaliknya mengharungi gelombang transformasi tersebut dengan fikiran positif dan menganggapnya sebagai
cabaran untuk meningkatkan kualiti diri. Guru perlu memastikan diri dilengkapi dengan kemahiran pedagogi
bersifat holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang memanfaatkan teknologi
komunikasi dan maklumat bagi memastikan keberkesanan penyampaian. Kesiapsiagaan dalam mendepani
pelbagai kemungkinan perlu diperlengkap dan diteruskan demi kemudahan masa hadapan.
Sesungguhnya tanggungjawab dan amanah sebagai warga pendidik amat mencabar kini. Justeru, setiap guru
perlu mempunyai ‘Jiwa Pendidik’ dengan memastikan diri sentiasa kompeten, tinggi akal budi, menunjukkan
komitmen, berminat, jujur, dan ikhlas untuk mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang ideal. Jika
sebaliknya, akan terasa kerja guru sangat membebankan. Guru sewajarnya tidak terlalu berkira dengan waktu
kerja, tenaga yang telah dicurahkan dan wang ringgit yang disumbangkan, dan tidak juga terlalu
mengharapkan ganjaran atas khidmat bakti demi kemajuan anak didik dan organisasi. Guru perlu berperanan
sebagai suri teladan kepada murid dalam apa-apa juga tindakan dan tingkah laku. Janganlah kita bertindak
3

