Page 5 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 5

Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021




                               SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRI
                               Jalan Sri Putri 1/16, Taman Putri,                                       Tel: 07-6626472
                               81000 KULAI,                                                                     Faxs: 07-6634473
                               JOHOR.                                                                       E-mel: jea8011@moe.edu.my

               ___________________________________________________________________________________

                                                                                                                                   Ruj. Kami: JEA8011/100-1/1/




                                                                                                                                  Tarikh: 10 Januari 2021

                  Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana,
                 SMK Taman Putri.


                 Tuan/puan,


                 PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)
                 SESI 2021

                 Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.


                 2.    Adalah  dengan  ini  dimaklumkan  bahawa  tuan/puan  telah  dilantik  sebagai  guru  khas  dalam  bidang
                 tertentu  dan  menjadi  ahli  dalam  jawatankuasa-jawatankuasa  bidang  Pengurusan  Am,  Pengurusan
                 Kurikulum,  Pengurusan  Hal  Ehwal  Murid  dan  Pengurusan  Kokurikulum  bagi  sesi  persekolahan  2021,
                 sebagaimana  yang  terkandung  dalam  Buku  Pengurusan  2021.  Tugas  tuan/puan  juga  tertakluk  kepada
                 sebarang  pindaan  oleh  pihak  pentadbir  sekolah,  bergantung  kepada  perubahan  yang  berlaku  dalam
                 perjawatan dan perkhidmatan sepanjang sesi ini.

                 3.    Sehubungan  dengan  pelantikan  ini,  tuan/puan  diingatkan  agar  melaksanakan  semua    tugas  yang
                 telah  diamanahkan  berdasarkan  panduan  tugas  yang  ditetapkan  (rujuk  buku  panduan  tugas  guru)  dan
                 mematuhi semua peraturan,prosedur dan sistem yang diguna pakai kerana tugas-tugas tersebut merupakan
                 tugas rasmi yang perlu diurus tadbir dengan cekap dan berkesan demi memastikan visi dan msi sekolah
                 tercapai.

               4.      Dengan  kredebiliti,  kesungguhan,  ketrampilan  dan  komitmen  yang  tuan/puan  tunjukkan,saya
                       yakintuan/puan mampu melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna dan
                       mencapai hasil yang cemerlang sekaligus membanggakan pihak sekolah.

                 Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Sekian terima kasih.


                 #KITASENTIASATERBAIK

                 ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

                 Saya yang menjalankan amanah,





                 ( HAJAH LILY BU BTE ABDULLAH )
                 Pengetua,
                 SMK Taman Putri





                                                                5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10