Page 116 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 116

SEJARAH TAHUN 6 SK

                 Perdana Menteri yang Ku Sayangi

                 Perdana  Menteri  merupakan  ketua  kerajaan  Malaysia.  Jawatan  Perdana

              Menteri  telah  diwujudkan  apabila  pihak  British  bersetuju  memberikan

              kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Perdana Menteri

              telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.



                                          ✓  Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
                                             Hamid merupakan Perdana Menteri yang pertama.
                                          ✓  Beliau lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat Alor Setar.
                                          ✓  Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu di
                                                      Jalan Baharu, Alor Setar, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
                                             dan  Penang  Free  School  sebelum  melanjutkan  pelajaran  dalam
                                             bidang keguaman di United Kingdom.

                                          ✓  Pada  peringkat  awal  beliau  bertugas    sebagai  Pegawai  Daerah
                                             Langkawi, Kulim dan Sungai Petani dan Pendakwa Raya dan juga

                                             Presiden Mahkamah Seksyen.
                                          ✓  Pada tahun 1951 beliau dilantik sebagai Yang Dipertua UMNO
                                             dan dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 1955.
                                          ✓  Apabila  Tanah  Melayu  mendapat  kemerdekaan  beliau  dilantik
                                             sebagai Perdana Menteri.
                                          ✓  Tunku  Abdul  Rahman  telah  mengumumkan  pembentukan
                                             Malaysia pada tahun 1963.
                                          ✓ Beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada tahun 1970
                                            dan meninggal dunia pada tahun 1990.





          ✓  Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein merupakan Perdana Menteri

              yang kedua. Beliau lahir di Pekan, Pahang pada 11 Mac 1922.
          ✓  Beliau  mendapat  pendidikan  awal  di  Sekolah  Melayu  Langgar,

              Pekan  dan  Maktab  Melayu  Kuala  Kangsar  sebelum  melanjutkan
                 pelajaran dalam bidang keguaman di United Kingdom.
          ✓  Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan
                 Negeri Pahang dan juga Menteri Besar Pahang.
          ✓  Apabila  Tanah  Melayu  mendapat  kemerdekaan  beliau  dilantik

              sebagai Timbalan Perdana Menteri.
          ✓  Tun  Abdul  Razak  dilantik  sebagai  Pengarah  MAGERAN  apabila

              Tanah Melayu diisytiharkan darurat ekoran Peristiwa 13 Mei 1969.
          ✓ Seterusnya  beliau  dilantik  sebagai  Perdana  Menteri  Malaysia  dan

              seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional.
          ✓  Tun Abdul Razak meninggal dunia pada tahun 1976 semasa beliau

              masih memegang jawatan Perdana Menteri.

                                                         - 110 -
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121