Page 118 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 118
SEJARAH TAHUN 6 SK
✓ Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri
yang kelima.
✓ Beliau lahir di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.
✓ Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam
dan Sekolah lelaki Methodist, Pulau Pinang sebelum melanjutkan
pelajaran dalam pengajian Islam di Universiti Malaya.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai Penolong Setiausaha
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Setiausaha MAGERAN.
✓ Kemudian Tun Abdullah dilantik sebagai Menteri Pendidikan,
Pertahanan dan Luar Negeri.
✓ Pada tahun 1999 beliau dilantik memegang jawatan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia dan pada tahun 2003 pula sebagai
Perdana Menteri Malaysia.
✓ Tun Abdullah bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada tahun
2009
✓ Dato’ Sri Mohd Naib bin Tun Abdul Razak merupakan
Perdana Menteri yang keenam.
✓ Beliau lahir di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Julai 1953.
✓ Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah St John
Institution, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan
pelajaran di United Kingdom.
✓ Pada peringkat awal beliau bertugas sebagai pegawai
eksekutif di PETRONAS.
✓ Pada tahun 1982 beliau dilantik sebagai Menteri Besar
Pahang dan kemudian dilantik menjadi Menteri
Pertahanan, Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan.
✓ Pada tahun 2004 beliau dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri dan pada tahun 2009 pula sebagai
menjadi Perdana Menteri.
✓ Pada tahun 2018 Dato’ Sri Mohd Najib terpaksa
melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran parti
pimpinan beliau tidak mendapat undi majoriti dalam
pilihan raya umum.
- 112 -

