Page 140 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 140
Hingga kini, Malaysia telah melakarkan banyak kejayaan yang mengharumkan
nama negara di serata dunia.Kejayaan yang dicapai ini membuktikan bahawa
Malaysia adalah sebuah negara yang utuh dan mampu bersaing dengan negara-
negara lain.
Pada 7 Mei 1983, Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn. Bhd (PROTON) ditubuhkan.
PROTON adalah pengeluar kereta Malaysia
yang pertama dan berpusat di Shah Alam.
Hasil idea Tun Mahathir b Mohamed,
Perdana Menteri Malaysia.
Pada Julai 1985, model kereta nasional
yang pertama, Proton Saga dikeluarkan.
Tun Mahathir memandu sebuah kereta Proton Saga
semasa majlis pelancarannya.
Sumber: The New Strait Times (21 Ogos 2020)
Pada tahun 1995, Motorsikal dan Enjin Nasional
Sdn Bhd (MODENAS) ditubuhkan selepas
kejayaan PROTON.
MODENAS adalah pengeluar motorsikal
nasional yang pertama dan berpusat di Gurun,
Kedah.
Hasil idea Tun Mahathir b Mohamed, Perdana
Menteri Malaysia.
Pada Jun 1996, model motorsikal nasional yang
pertama, Kriss 100 dikeluarkan.
Logo PROTON mengalami perubahan dari masa ke masa.
Dimanakah terletaknya ibu pejabat Secara berkumpulan, cari perubahan logo PROTON
MODENAS? tersebut. Dengan menggunakan TMK, persembahkan
dapatan kumpulan anda secara kreatif.
Nota Guru Bimbing murid untuk mencari maklumat berkaitan dengan logo 134
PROTON.

