Page 141 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 141
Perkembangan pesat industri petroleum negara membawa kepada
penubuhan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 17
Ogos 1974. PETRONAS diberikan hak, kuasa dan keistimewaan
untuk menguruskan industri petroleum negara.
PERANAN Mengawalselia pembangunan industri minyak dan gas asli.
Meneroka sumber minyak dan gas.
PETRONAS
Memajukan industri hiliran berasaskan petrokimia dan gas
asli.
Membuat pelaburan dalam kegiatan minyak dan gas di dunia.
Loji Gas Asli di Bintulu, Sarawak.
Sumber: Portal Rasmi Lembaga
Kemajuan Bintulu
Stesen Minyak PETRONAS Industri hiliran PETRONAS
Sumber: Portal Rasmi PETRONAS
Sumber: Portal Rasmi PETRONAS
Disamping menjana pendapatan negara, PETRONAS juga banyak menyumbang terhadap
pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara. Antaranya ialah penubuhan Yayasan
PETRONAS dan Universiti Teknologi PETRONAS serta Menara Berkembar PETRONAS.
Mercu tanda negara, Menara
Berkembar PETRONAS.
Yayasan Petronas menyumbang peralatan
Universiti Teknologi PETRONAS
hospital di Hospital Umum Sarawak semasa melahirkan generasi berpendidikan
pandemik COVID19.
Industri hiliran: berkaitan dengan kegiatan yang berkembang
dari satu kegiatan utama
Bilakah PETRONAS Petrokimia: bahan kimia yang terhasik daripada petroleum
ditubuhkan? dan gas asli.
135

