Page 148 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 148

SEJARAH TAHUN 6 SK

                 Malaysia di Persada Sukan

                 Penglibatan negara kita dalam pelbagai temasya sukan di peringkat kebangsaan dan


                 antarabangsa telah mengharumkan nama Malaysia. Kejayaan ini bukan sahaja dari
                segi penglibatan negara tetapi juga kejayaan atlet memenangi acara kejohanan.





                                   Sukan Olimpik                                                     Video kejayaan
                                                                                                     Malaysia dalam
                                                                                                     sukan Olimpik
          • Sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1896 yang diadakan empat tahun sekali.

             Malaysia mula menyertai sukan ini pada tahun 1956.
          • Sukan Olimpik Rio, 2016 merupakan penyertaan paling cemerlang kontinjen negara

             apabila berjaya membawa pulang empat pingat perak melalui acara badminton

             perseorangan, beregu campuran serta beregu lelaki. Satu acara terjun platform 10

             meter seirama wanita dan satu pingat gangsa dalam acara berbasikal.
          • Antara sukan lain yang mencatat pencapaian terbaik ialah dalam acara larian 200

             meter di Tokyo pada tahun 1968. Larian 200 meter dan 110 meter lari berpagar di

             Mexico pada tahun 1972.





                              Sukan Komanwel


           • Sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1930, dianjurkan oleh Persekutuan Sukan

              Komanwel (CGF). Sukan ini disertai oleh negara bekas tanah jajahan British dan
              Malaysia mula menyertai sukan ini pada tahun 1950.

           • Tahun 1998 Malaysia menduduki tempat keempat keseluruhan kejohanan daripada

              70 buah negara.
           •     Sukan Komanwel New Delhi 2010 , Kontinjen Malaysia melakar sejarah tersendiri

              apabila mengumpul bilangan pingat emas paling tinggi. Malaysia meraih 12 emas, 10

              perak dan 14 gangsa.






                              Nyatakan pencapaian kontinjen Malaysia dalam Sukan Olimpik Rio, 2016.


                                                          142
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153