Page 151 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 151
SEJARAH TAHUN 6 SK
Sukan Paralimpik
• Mula diperkenalkan pada tahun 1960. Malaysia mula menyertai sukan ini pada tahun
1984 ..
• Sukan Paralimpik merupakan sukan tertinggi yang melibatkan atlet-atlet kelainan upaya.
Sukan ini dianjurkan empat tahun sekali iaitu pada tahun yang sama dengan
penganjuran Sukan Olimpik.
• Pencapaian terbaik Malaysia adalah pada Sukan Paralimpik Rio 2016, dengan
membawa pulang 3 pingat emas serta 1 gangsa.
Sukan Malaysia
(SUKMA)
• Mula diperkenalkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.
• Sukan Malaysia (SUKMA) adalah Temasya Sukan yang dianjurkan oleh pihak Majlis
Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan
Kebangsaan serta Kerajaan negeri.
• Sukan ini dianjurkan bertujuan mencungkil bakat baru dan menaik taraf kemudahan
sukan serta membantu pembangunan sukan di Malaysia secara keseluruhannya.
Terdapat banyak lagi sukan yang
disertai Malaysia seperti Sukan Para
Secara berpasangan, senaraikan Asia, Sukan Para ASEAN, Sukan
kepentingan sukan yang boleh membawa Para SUKMA, Sukan Olimpik
kepada pembangunan negara.
Remaja, Sukan Komanwel Remaja
dan Sukan Asia Remaja.
Penglibatan dan pencapaian Malaysia dalam pelbagai temasya sukan telah mengharumkan
nama negara. Kecemerlangan ini juga menjadi pendorong kepada semua untuk berusaha
menjadi rakyat yang sihat sekali gus dapat menaikkan nama negara.
SP 12.3.1 Nota Guru : Bantu murid mengenal pasti penglibatan dan kejayaan Malaysia di peringkat
K 12.3.6 kebangsaan dan antarabangsa. 145

