Page 155 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 155
SEJARAH TAHUN 6 SK
Penganjuran sukan antarabangsa
Malay sia diberi penghormatan oleh badan sukan dunia untuk menganjurkan sukan
bertaraf antarabangsa. Negara kita dipilih kerana boleh menyediakan pelbagai
kemudahan dan berjaya mengendalikan sukan-sukan tersebut dengan baik. Negara kita
telah mula terlibat dalam penganjuran sukan antarabangsa semenjak 1965 lagi.
Penganjuran ini telah menempatkan Malaysia dalam sukan antarabangsa.
Sukan SEA
• Negara kita menganjur enam temasya sukan SEA iaitu
pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
• Rimau telah dipilih sebagai maskot Sukan SEA 2017.
• Penganjuran sukan ini telah merapatkan hubungan
Malaysia dengan negara serantau Asia Tenggara.
Sukan Komanwel
• Malaysia merupakan negara Asia yang pertama
.
menganjurkan acara sukan ini pada tahun 1998.
• Orang Utan dipilih sebagai maskot Sukan Komanwel ini.
• Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi stadium utama
kejohanan.
Le Tour de Langkawi
• Nama kejohanan lumba basikal antarabangsa ini diambil
sempena nama tempat pelepasan perlumbaan iaitu Langkawi.
• Kejohanan pertama dianjurkan pada tahun 1996 dan menjadi
acara tahunan sehingga kini.
• Laluan perlumbaan yang menjelajah seluruh negara telah
mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia.
149

