Page 166 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 166
Dasar luar negara menentukan hubungan sesebuah negara dengan negara yang
lain. Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia mempunyai dasar luar negara
yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Berteraskan dasar
tersebut, Malaysia menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara-negara lain
dengan menyertai pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Sumber: Kementerian Luar Negeri
Malaysia
UNITED NATIONS
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
(PBB)
London, United Kingdom
• Ditubuhkan pada 24
Oktober 1945.
• Diasaskan bersama oleh 51
buah negara.
• Malaysia menyertai PBB New York, Amerika Syarikat
pada tahun 1957.
Jeddah, Arab Saudi
ORGANISATION OF ISLAMIC COOPERATION (OIC)
PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM
• Ditubuhkan pada 25 September 1969.
• Diasaskan bersama oleh 25 buah
negara termasuk Malaysia.
• Hingga kini, sebanyak 57 buah negara
menyertai OIC.
160 Malaysia berada dalam kawasan
serantau iaitu Asia Tenggara.

