Page 169 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 169
Kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin negara merangka dan melaksanakan
dasar kerjasama dengan negara-negara lain harus disanjungi. Penyertaan Malaysia
dalam ASEAN, Komanwel, OIC dan PBB menggambarkan hubungan baik Malaysia
dengan dunia luar. Tokoh-tokoh terkemuka negara memberikan pendapat tentang
pentingnya hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara lain.
Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara
aman dan harmoni. Oleh itu, Malaysia menjalinkan
hubungan baik dengan negara-negara lain agar keamanan
sejagat terpelihara.
Tan Sri Rais Yatim
Yang diPertua Dewan Negara
Kedaulatan dan keselamatan Malaysia dan
rakyatnya terjamin melalui hubungan baik
antara Malaysia dengan negara luar.
Datuk Periasamy Muthan
Mantan Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang
Hubungan baik Malaysia dengan dunia luar
memastikan kemajuan dan pembangunan negara
terus meningkat, terutama dalam sektor ekonomi.
Dato' Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin
Seniwati and ahli perniagaan
Penglibatan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangsa
menunjukkan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang memegang prinsip
hidup bersama secara aman dan harmoni. Sebagai rakyat, kita harus mendukung
aspirasi negara dalam mewujudkan dunia yang aman dan makmur.
Bagaimanakah anda akan Surih peta dan tandakan ibu pejabat setiap
menjaga hubungan baik negara pertubuhan. Tuliskan maklumat berkaitan
kita dengan negara luar? pertubuhan tersebut secara kreatif.
163
Nota Guru ❖ Bimbing murid memahami kepentingan menjalinkan hubungan baik
12.4.1, K12.4.6 dengan negara luar.

