Page 179 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 179

Dasar Luar  Negara Malaysia.

                  •  Dasar luar negara Malaysia adalah untuk  berbaik-baik
                      dengan semua negara.
                  •  Malaysia menyertai pertubuhan serantau dan

                      antarabangsa untuk bekerjasama dengan semua negara.



                  Malaysia dan ASEAN

                  •  Malaysia       memainkan         peranan      penting      untuk
                      menjayakan  matlamat  yang  termaktub  dalam  Piagam

                      ASEAN.
                  •  Penglibatan  aktif  dalam  ASEAN  mengeratkan  lagi
                      hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau.



                  Malaysia Bersama Komanwel

                  •  Komanwel    ditubuhkan  untuk  mengeratkan  hubungan
                      antara  negara  anggota  dan  menjalinkan  kerjasama

                      dalam pelbagai bidang.

                  •  Malaysia menyertai Komanwel pada tahun 1957.


                    Seiringan Dengan OIC

                  •  Organisation  of  Islamic  Cooperation  (OIC)  adalah

                      pertubuhan kedua terbesar selepas PBB.
                  •  Pada  tahun  1969,  OIC  berjaya  ditubuhkan  atas  idea

                      bernas Tunku Abdul Rahman.


                  Malaysia Pendukung Keamanan Sejagat

                  •  Malaysia  menyertai  PBB    atas  dasar  keamanan  dan

                      keselamatan  sejagat  serta  perlindungan  terhadap  hak
                      asasi  manusia  yang  diperjuangkan  oleh  pertubuhan
                      tersebut.



                 Unit  ini  memberikan  pemahaman  tentang  pertubuhan  serantau  dan

                 antarabangsa  yang  dianggotai  oleh  Malaysia.  Pengetahuan  ini  dapat

                 menanamkan rasa bangga terhadap negara dalam diri rakyat Malaysia.


                                                                                                        173
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184