Page 175 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 175

Tuan  rumah    bagi  Persidangan  OIC  pada
                                                                tahun  1974  dan  2003.  Dalam  persidangan

                                                                ini,  perkara-perkara  berkaitan  kemajuan
                                                                dan      kebajikan      masyarakat       Islam
                                                                dibincangkan.

                                                                    Tun Abdullah Badawi bersama pemimpin OIC.

                                                                    Sumber: Berita Harian.


                   Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
                   (UIAM)  ditubuhkan  pada  tahun  1983.

                   Matlamat  utama  universiti  ini  adalah

                   untuk meningkatkan  tahap pendidikan
                   masyarakat Islam.

                                 Universiti Islam Antarabangsa Islam
                                 Sumber: Penulis



                                                            Malaysia  menganjurkan  Forum  Ekonomi
                                                            Islam  Sedunia.  Forum  ini  bertujuan  untuk
                                                            menggalakkan    kerjasama    dalam  bidang
                                                            perniagaan,  terutama    antara  negara  Islam
                                                            dengan negara bukan Islam.
                                                              Pada tahun 2017, Forum Ekonomi Islam Sedunia kali-13
                                                            diadakan di Sarawak.
                                                            Sumber: WIEF Foundation, Kuala Lumpur



                  Malaysia  menghantar  pasukan
                  tentera  dan  bantuan  makanan
                  semasa       konflik      Bosnia-
                  Herzegovina, 1992-1995.

             Bantuan makanan kepada penduduk Bosnia.
             Sumber: Berita Harian


                 Malaysia amat disegani dan dihormati oleh negara anggota atas peranan dan
                 sumbangannya  terhadap perjuangan OIC.  Malaysia diiktiraf sebagai sebuah
                 negara yang prihatin dan bertanggungjawab.




                                                 Siapakah yang dipilih sebagai Setiausaha
                                                 Agong OIC yang pertama?




               Nota Guru        ❖  Bimbing murid  memahami penglibatan Malaysia dalam
               12.4.4, K12.4.8      Persidangan Negara-Negara Islam.                                      169
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180