Page 91 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 91
Agama Tao Adab semasa berada di tokong
• Berpakaian sopan dan bersih.
• Semasa memasuki tokong, langkah dengan
kaki kiri dan diikuti dengan kaki kanan.
• Meletakkan kembali barangan diambil di
tempatnya.
• Bercakap atau membuat bising.
• Membawa makanan berdaging.
Agama Sikh Adab semasa berada di gurdwara
• Berpakaian sopan dan menutup kepala.
• Duduk bersila tanda sama taraf antara
manusia.
• Memberi hormat kepada kitab suci apabila
masuk dan sebelum keluar dari gurdwara.
• Memakai kasut di dalam gurdwara.
• Membawa makanan berdaging.
Bagi amalan kepercayaan yang tidak dilakukan di rumah-rumah ibadat,
kita masih perlu menjaga adab dan tatasusila. Dengan mematuhi garis
panduan, peraturan dan larangan yang ditetapkan, hubungan silaturahim
dalam kalangan rakyat akan terjalin dengan lebih erat lagi.
Mengapakah semua rumah ibadat menekankan
berpakaian sopan dan bersih ?
Nota Guru ❖ Bimbing murid mengetahui dan memahami adab dan 85
11.2.4, K11.2.7 tatasusila di rumah-rumah ibadat.

