Page 93 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 93
Diversiti Agama dan Kepercayaan di Malaysia
1
Agama yang utama di Malaysia ialah Islam,
Hindu, Buddha, Kristian, Tao dan Sikh.
Kepercayaan berkait rapat dengan roh nenek
moyang, semangat dan kuasa ghaib
Agama Islam Agama Persekutuan
2
Dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan,
termaktub bahawa agama Islam sebagai
agama Persekutuan.
Kebebasan Beragama di Malaysia
3 Dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan,
agama-agama lain bebas diamalkan.
Kenali Rumah Ibadat
Agama Islam - Masjid
4 Agama Buddha -Wat
Agama Hindu - Kuil
Agama Kristian -Gereja
Agama Tao -Tokong
Agama Sikh -Gurdwara
Unit ini membincangkan agama dan kepercayaan yang diamalkan di
Malaysia. Unit ini mendorong kita mengenali perayaan-perayaan yang
disambut oleh setiap kaum di negara kita pada unit berikutnya.
87

