Page 10 - PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 - PELAJAR
P. 10
MODUL PRINSIP PERAKAUNAN ( DSKP ) TINGKATAN 4 SMK SEMAMBU
LATIHAN 1
1. Perbezaan di antara perakaunan dan simpan kira ialah
I Perakaunan adalah lebih luas daripada simpan kira
II Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan
III Perakaunan hanya digunakan di dalam perniagaan kecil-kecilan
IV Perakaunan melibatkan proses melapor dan mentafsir maklumat kewangan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
2. Antara berikut yang manakah benar tentang simpan kira?
A. Simpan kira adalah proses merekodkan urus niaga dalam dua atau lebih akaun yang
berbeza
B. Simpan kira adalah proses menganalisis dan mentafsirkan urus niaga perniagaan dan
laporan perakaunan
C. Simpan kira adalah proses merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik
berasaskan sistem catatan bergu
D. Simpan kira adalah proses mengumpulkan maklumat perakaunan yang berkaitan dengan
kedudukan kewangan perniagaan untuk laporan kewangan
3. Mengikut kitaran perakaunan, apakah yang harus dibuat selepas perekodan di Buku Catatan
Pertama?
A. Pengeposan ke lejar
B. Penyediaan Imbangan Duga
C. Penyediaan Penyata Kewangan
D. Catatan Penutup
4. Perakaunan merupakan proses
A merekod urus niaga dalam dua akaun yang berlainan
B mengelas, merekod dan meringkas urus niaga dalam nilai wang
C mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan.
D merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan
bergu
9

