Page 14 - PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 - PELAJAR
P. 14

MODUL PRINSIP PERAKAUNAN ( DSKP )  TINGKATAN 4  SMK SEMAMBU

LATIHAN 2
1. Pernyataan berikut menerangkan suatu sub bidang perakaunan :

                     Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman
               Skop kerja termasuk kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran

Berpandukan pernyataan di atas, apakah sub bidang perakaunan yang dimaksudkan?
A Perakaunan Kewanagan
B Perakaunan Pengurusan
C Pengauditan
D Percukaian
2. Yang manakah antara berikut merupakan kesan pelanggaran kod etika perakaunan ketika Penyata
Kewangan disediakan terhadap pelabur?
A Pelabur akan berasa yakin terhadap kemampuan perniagaan untuk menjana dividen.
B Pelabur akan menambahkan modal mereka ke dalam perniagaan untuk memperoleh

         keuntungan yang lebih banyak.
C Pelabur akan membuat keputusan yang kurang tepat kerana penyata kewangan tidak

         menggambarkan prestasi sebenar perniagaan.
D Pelabur tidak akan berasa curiga terhadap Penyata Kewangan kerana semua perkara dalam

         perniagaan dilaporkan dalam keadaan baik.
3. Badan Penggubal Piawaian Perakaunan di Malaysia ialah
A MASB
B MIA
C CIMA
D CPA
4. Pernyataan berikut menerangkan suatu badan professional perakaunan di Malaysia:

            Memberi khidmat sokongan kepada ahli-ahli dan para pelajarnya sepanjang
                kerjaya perakaunan mereka.

            Memberikan pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang
                berkaitan dengan amalan perakaunan,kod amalan perakaunan dan etika.

Berpandukan pernyataan di atas, apakah badan professional perakaunan yang dimaksudkan?
A MIA – Malaysian Instistute of Accountants
B MICPA – Certified Public Accountants
C MASB – Malaysian Accounting Standard Board
D ACCA – Associiation of Certified Chartered Accountants

                                                13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19