Page 22 - PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 - PELAJAR
P. 22
MODUL PRINSIP PERAKAUNAN ( DSKP ) TINGKATAN 4 SMK SEMAMBU
LATIHAN 5
ANDAIAN,PRINSIP DAN BATASAN DALAM PERAKAUNAN
1. Pemilik Intan Enterprise, Encik Fahmi, telah mengambil barang niaga untuk kegunaan
keluarganya dan merekodkannya sebagai ambilan. Apakah andaian perakaunan yang
diamalkan oleh Encik Fahmi?
A Entiti berasingan C Tempoh perakaunan
B Usaha berterusan D Wang sebagai ukuran
2. Situasi yang manakah bertepatan dengan konsep usaha berterusan?
A Modal perniagaan merupakan hutang perniagaan kepada pemilik
B Kaedah mengira susut nilai adalah tetap dan digunakan secara berterusan
C Aset direkodkan pada harga kos dan akan terus digunakan dalam perniagaan
D Ambilan barang untuk kegunaan keluarga tidak direkodkan sebagai urus niaga
Perniagaan
3. Pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu prinsip dalam perakaunan.
Sewa diterima perlu diselaraskan dengan sewa belum terima untuk sesuatu tempoh
perakaunan sebelum dipindahkan ke Akaun Untung Rugi.
Apakah prinsip perakaunan tersebut?
A Ketekalan
B Tempoh perakaunan
C Wang sebagai ukuran
D Pengiktirafan hasil dan belanja
4. Maklumat yang berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Jannah. Memulakan
perniagaan Butik Anggun pada1 Mei 20X3. Tempoh perakaunan perniagaannya
berakhir setiap enam bulan.Yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Puan
Jannah?
A 1 Mei 20X3 hingga 31 Oktober 20X3
B 1 Mei 20X3 hingga 30 November 20X3
C 1 Mei 20X3 hingga 1 Disember 20X4
D 1 Mei 20X3 hingga 30 April 20X4
21

