Page 23 - PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 - PELAJAR
P. 23
MODUL PRINSIP PERAKAUNAN ( DSKP ) TINGKATAN 4 SMK SEMAMBU
5. Pada 1 Mac 20X0, Syamil Enterprise telah membeli sebuah jentera berharga RM90 000.
Pada tahun 20X6,nilai jentera tersebut menunjukkan peningkatan kepada RM120 000
selepas penilaian dibuat.
Berapakah nilai jentera yang direkodkan dalam penyata kewangan tahun 20X6?
A RM30 000 C RM120 000
B RM90 000 D RM210 000
6. Maklumat yang berikut berkaitan dengan perniagaan kepunyaan Puan Melati.
Puan Melati menetapkan sebanyak 5% daripada Akaun Belum Terima diperuntukkan
sebagai peruntukan hutang ragu bagi setiap tempoh perakaunan.
Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh Puan Melati?
A Ketekalan
B Kos sejarah
C Tempoh perakaunan
D Pengiktirafan hasil dan belanja
7. Encik Abas, seorang peniaga telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah
Digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan.
Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Abas?
A Ketekalan
B Kos sejarah
C Entiti berasingan
D Usaha berterusan
8. Syarikat Gemilang Berhad menyusutnilaikan kenderaannya pada kadar 20% mengikut
kaedah garis lurus dan kaedah ini akan digunakan untuk tahun-tahun berikutnya.
Konsep perakaunan yang diamalkan ialah...
A ketekalan.
B usaha berterusan.
C tempoh perakaunan.
D asas perakaunan akruan.
22

