Page 31 - PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 - PELAJAR
P. 31
MODUL PRINSIP PERAKAUNAN ( DSKP ) TINGKATAN 4 SMK SEMAMBU
Penyata Kedudukan kewangan = 58000
2. Pasar Mini Zetty merupakan sebuah peniagaan milikan tunggal. Penyata Kedudukan Kewangan pada
30 Jun 20X5 adalah seperti yang berikut:
Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 20X5
RM RM
Premis 50 000 Modal 75 330
Bank 13 090 Untung bersih 11 740
Inventori 29 230 Akaun Belum
Akaun Belum Bayar 14 500
Terima 8 500
Tunai 750
101 570 101 570
Urus niaga perniagaannya dalam bulan Julai 20X5 adalah seperti yang berikut:
(i) Membeli kenderaan berharga RM15 000 dengan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan.
(ii) Mengeluarkan tunai berjumlah RM2 000 dari bank untuk kegunaan perniagaan.
(iii) Membeli barang niaga secara kredit RM4 700 daripada Pembekal Razali.
(iv) Sekeping cek bernilai RM2 750 yang diterima daripada penghutang didapati cek tak laku.
(v) Bayar insurans kedai dengan cek RM750.
(vi) Memulangkan barang niaga RM300 kepada pembekal kerana telah rosak.
(vii) Pemilik mengambil barang niaga RM500 untuk tujuan promosi. Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan
pada 31 Julai 20X5 (dalam bentuk T). (Semua pengiraan hendaklah ditunjukkan di luar Penyata Kedudukan
Kewangan)
Jawapan
Penyata kedudukan kewangan = 119720
Premis = 50000,Bank = 7590, Inventori = 33130, Akaun Belum Terima = 11250,Tunai = 2750, Modal = 90330, Untung Bersih = 10490, Akaun
Belum Bayar = 18900,Kenderaan = 15000
30

