Page 32 - PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 - PELAJAR
P. 32

MODUL PRINSIP PERAKAUNAN ( DSKP )  TINGKATAN 4  SMK SEMAMBU

KERJA RUMAH

1. Perniagaan Zamani merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan di

Taman Sri Emas, Nilai, Negeri Sembilan. Yang berikut ialah baki aset dan liabiliti perniagaannya pada

31 Disember 20X5.

                    RM

Modal               50 000

Bank 17 300

Akaun Belum Bayar   10 110

Akaun Belum Terima  5 960

Untung bersih       16 030

Inventori           17 560

Lengkapan           30 000

Alatan pejabat      5 320

Urus niaga dalam bulan Januari 20X6 adalah seperti berikut:
(i) Seorang penghutang, Encik Loh telah diisytiharkan muflis dan hutangnya yang
berjumlah RM420 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
(ii) Membeli alatan pejabat dengan cek RM1 780.
(iii) Menjual barang niaga secara kredit RM3 500 kepada Julia Enterprise. Kos stok ialah RM3 200.
(iv) Menerima dua keping cek berjumlah RM3 400 daripada penghutang untuk menyelesaikan
hutang berjumlah RM3 800.
(v) Menjual barang niaga pada harga kos RM5 800 dan terima tunai RM6 000.
(vi) Membayar gaji pekerja dengan cek RM700. Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada
31 Januari 20X6 (dalam bentuk T). (Jalan kerja hendaklah ditunjukkan di luar Penyata Kedudukan
Kewangan)

Jawapan ;

Penyata Kedudukan Kewangan = 75120

Modal = 50000,Bank = 18220,Akaun Belum Bayar = 10110,Akaun belum terima = 5240,Untung Bersih = 15010,inventori = 8560,Lengkapan
= 30000,Alatan pejabat = 7100,Tunai = 6000

                                                                                                       31
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37