Page 45 - PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 - PELAJAR
P. 45
MODUL PRINSIP PERAKAUNAN ( DSKP ) TINGKATAN 4 SMK SEMAMBU
LATIHAN 10
1 Urus niaga yang manakah melibatkan penggunaan bil tunai?
I Jualan tunai
II Beli barang niaga secara tunai
III Tunai pejabat dimasukkan ke bank
IV Tunai diterima daripada penghutang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
2 Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu dokumen perniagaan.
Dokumen P disediakan oleh pembekal sebagai bukti
penerimaan bayaran daripada pelanggannya.
Apakah dokumen P?
A Resit
B Invois
C Keratan cek
D Baucar pembayaran
3 Urus niaga di bawah diperoleh daripada buku perakaunan Perniagaan Wong.
Pada 31 Julai 20X5, gaji pekerja berjumlah RM600 dibayar dengan cek.
Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?
A Resit
B Memo
C Baucar tunai runcit
D Baucar pembayaran
4 Peniaga Haleem telah menambah modal perniagaan dengan membawa tunai sebanyak RM40 000 ke dalam
bank.
Apakah dokumen rujukan bagi urus niaga tersebut?
A Resit
B Invois
C Slip bank
D Keratan cek
44

