Page 49 - PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 - PELAJAR
P. 49
MODUL PRINSIP PERAKAUNAN ( DSKP ) TINGKATAN 4 SMK SEMAMBU
18 Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu dokumen perniagaan.
Penyata yang menunjukkan rekod bayaran serta
caj yang dikenakan oleh perniagaan perkhidmatan
seperti hotel.
Apakah dokumen tersebut?
A Memo
B Penyata bank
C Bil pembayaran
D Folio pelanggan
19. Pernyataan yang manakah benar tentang diskaun niaga?
A Potongan daripada jumlah hutang
B Menggalakkan pembelian secara pukal
C Potongan daripada harga bersih dalam invois
D Menggalakkan pembayaran hutang dengan cepat
20 Apakah tujuan peniaga Ahmad memberikan diskaun tunai kepada pelanggannya?
A Menarik lebih ramai pelanggan
B Mengelakkan pelanggan berhutang
C Menggalakkan pelanggan menjelaskan hutang dengan cepat
D Mempengaruhi pelanggan membeli dalam kuantiti yang banyak
48

