Page 12 - Budaya Masyarakat Malaysia
P. 12
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang melayu. Pelbagai lauk pauk tidak
akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan kehidupan dan adat
bagi penduduk asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet(pemakanan) dan
ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan
juga dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan
ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili,
belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan.
Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga
rempah ratus. Santan merupakan bahan asas dalam masakan Melayu. ia digunakan dalam
segala jenis gulai atau masakan lemak. Bahan perasa (seasoings) dalam masakan Melayu
dibahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang
ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang halia, bawang putih, dan cili. Rempah
kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Orang
melayu juga menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut,
daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

