Page 14 - Budaya Masyarakat Malaysia
P. 14
Alat Muzik Kaum Melayu
Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia.
Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua.
Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang
mempunyai 12 tali.
Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing
atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.
Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.
Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu.
Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan
atau pertabalan Diraja.
Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia
Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi
mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang
berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.

