Page 28 - Budaya Masyarakat Malaysia
P. 28
Pakaian Tradisional Kaum India
1.Salwar Kameez
Pakaian salwar kameez atau baju
Punjabi, yang juga popular di
kalangan wanita di utara India,
terdiri daripada blaus panjang
yang dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar, serta
tudung kepala yang sesuai 2.Sari
warnanya.
Sari merupakan pakaian tradisional India
yang mudah dikenali di seluruh dunia.
Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela
panjang dipadankan dengan kain dalam
yang berwarna seakan-akan kain sari
tersebut, serta choli yang berwarna sama
atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit
pada badan dengan bahagian hujungnya
yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain
dalam dipakai di atas atau di bawah pusat
dan berfungsi menyokong kain sari tersebut
dari terlucut. Sari diperbuat daripada
pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah.

