Page 25 - Budaya Masyarakat Malaysia
P. 25

Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka


                        datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah
                        membuktikan bahawa kaum India tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini

                        merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina .

                        Orang India yang telah datang sebagai hamba ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan
                        kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau

                        empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu).

                        ~Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada
                        orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan

                        kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun

                        1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih

                        kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan
                        Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan

                        penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar

                        semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk
                        Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah

                        penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30