Page 22 - KPG FASA II final report e isbn
P. 22
LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019
PERJAWATAN
Dari segi perjawatan, sebagai guru permulaan, majoriti responden dilantik sebagai Guru
Akademik iaitu seramai 960 orang (99.4%). Namun demikian, terdapat sebilangan kecil
graduan yang diberi tanggung jawab sebagai pentadbir (Penolong Kanan) iaitu seramai
6 orang (0.6%). Responden yang diberi tanggung jawab sebagai Penolong Kanan
adalah melalui lantikan dalaman di mana jawatan berkenaan belum sah jawatan untuk
menyandang jawatan sebagai pentadbir. Dapatan kajian secara terperinci ditunjukkan
pada Jadual dan Rajah 4.3.
Jadual 4.3
Jawatan Responden
Bil. Jawatan Bil. Graduan Peratus (%)
1 Pentadbir (Penolong Kanan) 6 0.6
2 Guru Akademik 960 99.4
JUMLAH 966 100
Rajah 4.3. Jawatan Responden
13

