Page 25 - KPG FASA II final report e isbn
P. 25
LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019
BAB 5: MAKLUMAT PENEMPATAN DAN PENGAJARAN DI SEKOLAH
PENGENALAN
Bab ini menjelaskan secara terperinci maklumat penempatan dan pengajaran graduan
di sekolah yang merangkumi kelas yang diajar, terlibat atau tidak mengajar mata
pelajaran opsyen dan elektif, dilantik atau tidak sebagai guru penasihat bagi unit
beruniform, sukan/permainan dan kelab/persatuan serta tugas-tugas lain yang
diamanahkan kepada graduan.
MAKLUMAT PENEMPATAN BERDASARKAN KELAS YANG DIAJAR
Rajah dan Jadual 5.1 menunjukkan maklum balas responden berkaitan dengan kelas
yang diajar di sekolah. Sebanyak 1,892 maklum balas yang diterima daripada
responden. Dapatan kajian menunjukkan kelas yang mempunyai bilangan tertinggi
diajar oleh responden adalah tahun 4 iaitu seramai 353 orang (18.7%) dan tahun 3 iaitu
seramai 352 orang (18.6%). Manakala bilangan terendah diajar oleh responden adalah
kelas pra-sekolah iaitu seramai 59 orang (3.1%).
Nota: Responden boleh memilih lebih daripada satu kelas yang terlibat diajar
Rajah 5.1. Kelas Mengajar bagi Responden
16

