Page 44 - KPG FASA II final report e isbn
P. 44

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019





                 Masalah dalam Mengendalikan Kelab dan Persatuan di Sekolah

                 Jadual 5.20 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan masalah responden dalam

                 mengendalikan  kelab  dan  persatuan  di  sekolah.  Seramai  385  orang  (86.5%)
                 memberikan  maklum  balas  bahawa  mereka  tidak  menghadapi  masalah  dalam

                 mengendalikan kelab dan persatuan. Hanya segelintir graduan iaitu seramai 60 orang

                 (13.5%) yang menghadapi masalah dalam mengendalikan kelab dan persatuan.


                 Jadual 5.20
                 Masalah dalam Mengendalikan Kelab dan Persatuan di Sekolah
                  Ya/Tidak                            Bilangan (orang)                 Peratus (%)
                  Ya                                          60                           13.5
                  Tidak                                      385                           86.5
                  Jumlah                                     445                          100.00



                 TUGAS AKADEMIK YANG LAIN

                 Selain  memegang  tanggung  jawab  sebagai  guru  mata  pelajaran  dan  penasihat
                 kokurikulum,  guru  juga  diberi  tanggung  jawab mengendalikan  tugas  akademik yang

                 lain.


                 Jadual 5.21 dan Rajah 5.13 menunjukkan Dapatan kajian berkaitan tugas akademik
                 lain yang dipertanggungjawabkan kepada responden. Responden diberi peluang untuk

                 memilih  lebih  daripada  satu  pilihan  bagi  item  tugas-tugas  akademik  lain  yang

                 disandang.  Sebanyak  1,550  maklum  balas  diterima  daripada  responden.  Dapatan
                 kajian  menunjukkan,  seramai  480  orang  (30.97%)  responden  menerima  tugasan

                 sebagai panitia mata pelajaran, diikuti dengan kurikulum seramai 157 orang (10.13%),
                 148 orang (9.55%) sebagai guru pendidikan khas dan seramai 111 orang (7.16%) guru

                 pusat sumber.


                 Jadual 5.21
                 Tugasan Akademik yang Lain

                  Bil.           Tugas Akademik lain               Bilangan (orang)         Peratus (%)
                    1   Panitia Mata Pelajaran                             480                  31.0
                    2   Lain-lain                                          307                  19.8
                    3   Kurikulum                                          157                  10.1
                    4   Pendidikan Khas                                    148                   9.6
                    5   Guru Pusat Sumber                                  111                   7.2           35
                    6   NILAM                                              91                    5.9
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49