Page 49 - KPG FASA II final report e isbn
P. 49

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019





                 BAB 6: RUMUSAN DAN CADANGAN



                 Berdasarkan  Dapatan  kajian  kajian  ini,  beberapa  cadangan  dikemukakan  untuk
                 pertimbangan iaitu:



                 1.  Berdasarkan dapatan kajian pada Jadual 3.1, graduan yang menjawab soal selidik
                     kajian  ini  hanyalah  43%  daripada  seramai  2,229  jumlah  keseluruhan  graduan

                     PISMP yang menamatkan pengajian walaupun mereka telah dihubungi sekurang-
                     kurangnya dua kali sama ada melalui telefon dan e-mel oleh pasukan penyelidik.

                     Bagi  mengatasi  masalah  ini,  penyelidik  mengesyorkan  agar  pada  kajian  akan

                     datang,  penyelaras  konvokesyen  setiap  IPG  perlu  mengambil  peranan  untuk
                     memastikan graduan dari kampus masing-masing menjawab soal selidik ini. Selain

                     itu, penyelidik juga mengesyorkan agar soal selidik ini diedarkan melalui Persatuan
                     Alumni IPG. Persatuan ini diharapkan dapat memberi kerjasama meningkatkan lagi

                     data yang dikumpulkan melalui hebahan-hebahan yang dilakukan.


                 2.  Bilangan graduan IPG yang bukan opsyen dan elektif mata pelajaran sains semasa

                     pengajian di IPG tetapi mengajar mata pelajaran ini di sekolah adalah tinggi. Oleh

                     itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu meneliti semula adakah
                     jumlah  penawaran  bidang  opsyen  dan elektif  pelajar  IPG benar-benar mengikut

                     unjuran keperluan bidang (rujuk Jadual 5.5).


                 3.  Terdapat  graduan  IPG  yang  terlibat  sebagai  penasihat  bagi  aktiviti  kokurikulum

                     yang  tidak  ditawarkan  oleh  IPG  (rujuk  Jadual  5.9,  5.14  dan  5.19).  Pasukan
                     penyelidik  mengesyorkan  agar  IPGM  meneliti  semula  sukan/permainan,  unit

                     beruniform dan kelab/persatuan yang ditawarkan oleh  IPG. IPGM juga dimohon
                     untuk  menambah  baik  Maklumat  Kursus  (MK)  bagi  mengukuhkan  kemahiran

                     pelajar  IPG  dalam  mengendalikan  pelbagai  bidang  kokurikulum  seperti  yang

                     terdapat di sekolah pada masa kini.


                 4.  Berdasarkan dapatan kajian pada Jadual 5.21, 5.22 dan 5.29, graduan memikul

                     pelbagai  tanggung  jawab  selain  Guru  Mata  Pelajaran  dan  Guru  Penasihat
                     Kokurikulum. Pasukan penyelidik mengesyorkan agar pelajar IPG menggunakan                 40

                     pengalaman yang mereka peroleh semasa praktikum/internship dan pendedahan
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53