Page 5 - KPG FASA II final report e isbn
P. 5

KATA ALU-ALUAN











                                        Rektor
                                        Institut Pendidikan Guru Malaysia
                                        Kementerian Pendidikan Malaysia




               Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


               Bersyukur ke hadirat Allah S.W.T. kerana Laporan Kajian Pengesanan Graduan (KPG)
               Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Tahun
               2019 Fasa II berjaya diterbitkan. Sekalung penghargaan kepada pasukan penyelidik dan
               para graduan tahun 2019 serta semua pihak yang membantu menjayakan kajian ini.
               Tanpa kesungguhan dan komitmen semua yang terlibat, laporan ini tidak akan dapat
               dihasilkan.


               Seperti yang kita sedia maklum, misi IPG adalah melahirkan guru yang kompeten dan
               berjiwa pendidik melalui program pendidikan guru yang dinamik ke arah pendidikan
               sekolah bertaraf dunia. Pengajaran dan pembelajaran merupakan landasan utama bagi
               mencapai misi tersebut. Sehubungan dengan itu, saya percaya melalui penyelidikan
               yang dilaksanakan, KPG Fasa II membantu IPG mengenal pasti sejauh mana fokus kita
               dalam melonjakkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran berjaya direalisasikan.


               IPG selaku peneraju kecemerlangan pendidikan guru sentiasa memastikan kualiti
               kandungan program dan sistem latihan pendidikan guru ditambah baik dari masa ke
               semasa. Segala usaha yang menyumbang kepada keutuhan IPG bagi menghasilkan
               graduan guru yang berupaya menghadapi pelbagai cabaran dan dinamika perubahan
               pendidikan masa hadapan amatlah dialu-alukan. Justeru, saya yakin KPG Fasa II
               merupakan salah satu penyelidikan yang dapat menyumbang maklumat bermakna bagi
               membantu pihak IPG KPM untuk meningkatkan lagi kualiti kandungan program dan
               menambahbaik sistem latihan pendidikan guru.

               Semoga laporan ini dapat dimanfaatkan untuk kita terus berusaha ke arah melahirkan
               graduan yang berkualiti, terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam
               melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik agar hasrat yang digariskan dalam
               Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dapat dicapai.


               Syabas dan terima kasih.



               Dr. Rusmini binti Ku Ahmad


                                                                                                             iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10