Page 19 - BUKU GERAK KERJA PERSIDANGAN MIND IPG 2022
P. 19
2 MInD Pamer
MInD Pamer merupakan acara Pameran digital secara individu atau berkumpulan. Penyertaan
berkumpulan dihadkan kepada maksima 5 orang.
Penyertaan dibuka kepada TIGA (3) jenis Pempamer iaitu;
a. Pempamer Karya Seni
Pensyarah IPG/ Pelajar IPG/ Gabungan Pensyarah & Pelajar IPG
b. Pempamer Penulisan Buku
Pensyarah IPG/ Pelajar IPG/ Gabungan Pensyarah & Pelajar IPG
c. Pempamer produk pengajaran dan pembelajaran
Pensyarah IPG/ Pelajar IPG/ Gabungan Pensyarah & Pelajar IPG
Kaedah pelaksanaan:
a. Peringkat Saringan:
Pempamer dikehendaki menyediakan katalog produk (maksimum 2 muka surat).
Katalog hendaklah menerangkan secara terperinci tentang produk yang dihasilkan, manfaat
dan kelebihan. Penerangan lebih terperinci boleh diberikan melalui pautan/ QR code yang
dinyatakan dalam katalog.
Katalog yang dihantar hendaklah dalam format PDF.
Pempamer digalakkan mempromosikan produk masing-masing untuk jualan melalui katalog
berkenaan.
Katalog pempamer akan dimuat naik dalam laman sesawang rasmi MInD IPG 2022.
b. Peringkat Separuh Akhir
30 pempamer yang melepasi peringkat saringan berpeluang untuk mempromosikan produk
masing-masing secara live melalui pelantar stream yard pada 24 Ogos 2022
c. Peringkat Akhir:
10 pempamer yang melepasi peringkat separuh akhir diumumkan melalui tayangan video
pada 25 Ogos 2022 jam 10.30 pagi.
d. Peringkat Penganugerahan:
Pemenang Anugerah Terulung dan Sinar Harapan akan diumumkan pada 25 Ogos 2022
jam 2.30 petang.
Hadiah/cenderamata/sijil digital:
a. Wang Tunai, piala, medal dan sijil Anugerah Terulung
Pemenang Anugerah Terulung Johan, Naib Johan dan Ketiga
b. Medal dan Sijil Anugerah Terulung Harapan
7 pemenang Anugerah Terulung Harapan yang terpilih ke peringkat akhir
c. Sijil Anugerah Sinar Harapan
Diberikan kepada 20 pasukan yang terpilih peringkat saringan
d. Sijil penyertaan
Kepada semua yang hantar penyertaan tetapi tidak terpilih ke peringkat saringan
Syarat penyertaan akan dimaklumkan melalui surat pemakluman/ laman sesawang rasmi MInD IPG
2022.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2022.
17

