Page 20 - BUKU GERAK KERJA PERSIDANGAN MIND IPG 2022
P. 20
3 MInD Hibur
MInD Hibur merupakan acara persembahan bakat secara maya terbuka kepada warga IPG.
Persembahan selama 5 hingga 10 minit ini menjurus kepada elemen seni kreatif persembahan
seperti nyanyian, gurindam dan syair, permainan alat muzik, sketsa pendek, tarian atau sebarang
persembahan seni kreatif yang dapat menonjolkan bakat pensyarah dan pelajar IPG dengan
mengambil kira unsur nilai murni dan identiti nasional.
Penyertaan terbuka kepada Pensyarah IPG, Pelajar IPG atau gabungan Pensyarah & Pelajar IPG
secara individu atau berkumpulan. Penyertaan berkumpulan dihadkan kepada maksima 10 orang.
Kaedah pelaksanaan:
a. Peserta dikehendaki menghantar video persembahan kepada urus setia.
b. Peringkat Saringan- 40 video persembahan akan dipilih untuk ditayangkan pada 23 Ogos 2022
dan akan dimuat naik di laman sesawang rasmi Persidangan MInD IPG 2022.
c. Peringkat Separuh akhir- 20 akan dipilih untuk melalui sesi penjurian pada 24 Ogos 2022
d. Peringkat Akhir- 10 persembahan terbaik akan diumumkan melalui tayangan video pada 25 Ogos
2022 jam 10.30 pagi.
e. Peringkat Penganugerahan-Penerima Anugerah Terulung dan Anugerah Sinar Harapan akan
diumumkan pada 25 Ogos 2022 jam 2.30 petang.
Hadiah/cenderamata/sijil digital:
a. Wang Tunai, piala, medal dan sijil Anugerah Terulung
Pemenang Anugerah Terulung Johan, Naib Johan dan Ketiga
b. Medal dan Sijil Anugerah Terulung Harapan
7 pemenang Anugerah Terulung Harapan yang terpilih ke peringkat akhir
c. Sijil Anugerah Sinar Harapan
Diberikan kepada 30 pasukan yang terpilih ke peringkat saringan
d. Sijil penyertaan
Kepada semua yang hantar penyertaan tetapi tidak terpilih ke peringkat saringan.
Syarat penyertaan akan dimaklumkan melalui surat pemakluman/ laman sesawang rasmi MInD IPG
2022.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2022
18

