Page 5 - LAPORAN PEO.pdf
P. 5

KATA ALU-ALUAN













             Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejatera.

             Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana  dengan izin dan kurniaNya
             penerbitan Laporan  Kajian Penilaian Objektif  Pendidikan Program (PEO)  dapat
             direalisasikan. Tahniah diucapkan kepada  Pusat  Perancangan,  Penyelidikan  dan
             Inovasi serta  para penyelidik  dan editor  atas kegigihan dan kesungguhan dalam
             memastikan  penerbitan laporan ini  dapat  direalisasikan. Kerjasama dan semangat
             berpasukan yang ditunjukkan ini amatlah saya hargai.

             Kajian yang merupakan usahasama Institut Pendidikan Guru  Malaysia (IPGM)
             khususnya Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) dengan IPG
             Kampus Zon Selatan ini adalah satu usaha yang patut dicontohi dan perlu diteruskan
             selaras dengan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Usaha yang dilakukan
             ini dapat mengenal pasti tahap pencapaian PEO pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
             Perguruan (PISMP)  Institut  Pendidikan  Guru (IPG) yang dihasilkan setelah
             berkhidmat antara 3 hingga 5 tahun selepas menamatkan pengajian.

             Harapan saya, semoga dapatan kajian ini akan dapat  membantu IPGM dalam
             membuat penambahbaikan program PISMP sesuai dengan matlamat PEO. Semoga
             IPG akan terus mantap menjadi ’Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru’. Insya-
             Allah.

             Sekian, terima kasih



             Dr. RUSMINI BINTI KU AHMAD
             Rektor
             Institut Pendidikan Guru Malaysia
             Kementerian Pendidikan Malaysia





                                                   i
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10