Page 134 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 134
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
IMPAK KE ATAS ORGANISASI
Penggunaan serai wangi sebagai inovasi pencegah dan penghalau kehadiran
nyamuk Aedes sp. di tiga lokasi terpilih IPGK PM didapati Berjaya
mengurangkan kehadiran nyamuk Aedes sp. di kawasan tersebut. Keadaan
ini memberi petanda baik kerana secara tidak langsung inovasi ini dapat
mengurangkan risiko penularan demam denggi dalam kalangan pensyarah,
pelajar dan kakitangan IPGK PM di samping mencantikkan kawasan
persekitaran. Seterusnya menyediakan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif kepada pensyarah dan
pelajar. Inovasi ini dapat mengekalkan kelestarian alam kerana inovasi Nyah
Aedes menggunakan tumbuhan dan bahan kitar semula dalam penyediaan
bahan inovasi. Inovasi ini juga dapat menjimatkan kewangan IPGKPM dalam
mengurangkan kos pengawalan pembiakan nyamuk di IPGKPM. Mengikut
sumber Pegawai eksekutif IPGK PM, kos semburan kabut (fogging) untuk
kawasan IPGK PM dianggarkan berjumlah sekitar RM3000 - RM4000. Namun
kos ini dapat dikurangkan dengan penggunaan serai wangi yang lebih alami
dan menjimatkan.
Selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Mesyuarat
Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan KE-74:
i. Tindakan pencegahan dan kawalan yang memfokuskan kepada 18
kategori premis mengikut keutamaan risiko pembiakan nyamuk Aedes.
ii. Membudayakan komuniti melalui aktiviti pendidikan dan kesedaran
kepada komuniti dalam meningkatkan pengetahuan mengenai nyamuk
dan penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
iii. Usaha menghalau dan pencegahan nyamuk dapat dijalankan dengan
efektif, selamat dan murah, di samping menyediakan landskap yang
menarik dengan penggunaan serai wangi sebagai penghalau nyamuk
dan sebagai tanaman hiasan di IPGK PM.
Projek ini tidak melibatkan kos yang besar. Pasu dan tanah diperoleh melalui
tender kerajaan manakala pokok serai wangi diperoleh daripada sumbangan
warga IPGK PM. Kajian ini berjaya mengurangkan populasi Aedes sp. di IPGK
PM tanpa menggunakan semburan kabut (fogging). Pokok serai wangi
merupakan pokok herba yang mudah hidup subur dan tidak memerlukan
penjagaan yang rapi. Pengunaan bahan secara alami dan tidak menggunakan
bahan kimia mampu melestarikan alam sekitar.
125

