Page 149 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 149

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                                          UniX BcoL (Unit Conversions by Colour)
                                     Roziah Binti Anuar, Dr. Bushra Limuna Binti Hj Ismail
                                               IPG Kampus Pendidikan Teknik

                                                          SINOPSIS

                        UniX BcoL adalah nama singkatan bagi Unit Conversions by Colour bagi tajuk
                        dalam  pertukaran  unit.  Alat  bantu  mengajar  ini  direka  sebagai  salah  satu
                        alternatif bagi memudahkan pelajar mengingat cara pertukaran unit dengan
                        lebih mudah. Ia direka seperti pembaris serta penggunaan warna yang dapat
                        membantu  pelajar  mengingat  menggunakan  warna.  80%  pelajar  dapat
                        mengingat dengan mudah dengan penggunaan warna. Kelebihan alat ini ialah
                        mudah difahami, cekap dan efisyen.  Alat ini dapat membantu pelajar menukar
                        unit  dengan  lebih  sistematik,  berkesan  dan  dengan  bantuan  warna  pelajar
                        mudah mengingat pertukaran unit dengan lebih mudah. Kos yang digunakan
                        juga  rendah  dengan  menggunakan  kertas  tebal  dan  kertas  berwarna  yang
                        mudah  didapati.  Alat  ini  berpotensi  besar  untuk  diguna  pakai  di  sekolah-
                        sekolah mahu pun pada peringkat yang lebih tinggi


                        RASIONAL PROJEK

                        Pengalaman penyelidik sepanjang  mengajar fizik sekolah menengah, tajuk
                        pertukaran unit adalah tajuk yang awal diajar sebagai asas pengiraan yang
                        digunakan dalam fizik. Apa yang dapat diperhatikan ialah pelajar tidak dapat
                        mengingat cara untuk menukar unit. Kerap kali pelajar hanya menggunakan
                        kaedah  pertukaran  unit  seperti  asas  yang  diingati  di  sekolah  di  peringkat
                        sekolah  rendah.  Apabila  ini  berlaku,  pelajar-pelajar  ini  keliru  dalam
                        menyelesaikan pertukaran unit yang lebih komplek.

                        Sekiranya pelajar tertinggal atau tidak memahami sesuatu konsep, mereka
                        akan  mengalami  kerumitan  menjawab  soalan  pengiraan  pertukaran  dalam
                        fizik.  Walaupun penggunaan kalkulator dibenarkan, ianya tidak akan berguna
                        sekiranya langkah-langkah yang terlibat tidak dapat diingati oleh pelajar.


                        Sehubungan  dengan  itu,  penyelidik  telah  merancang  suatu  kaedah
                        pertukaran unit yang boleh membuatkan pelajar mengingat lebih lama malah
                        dapat menyelesaikan masalah pertukaran unit yang lebih kompleks.



                        Oleh itu, rasional penghasilan UniX BcoL ini adalah seperti berikut:
                         i.  Pelajar menghadapi masalah dalam pengiraan pertukaran unit.

                         ii.  Kaedah  yang  digunakan  oleh  pelajar  bercampur-campur  dan
                            mengelirukan.

                        iii.  Tiada kaedah yang spesifik untuk pertukaran unit.


                                                               140
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154