Page 67 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 67

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                                                         MAGIC RING
                                         Dr Liong Kon Thai, Johanes bin Bulot@Bulat
                                                    IPG Kampus Keningau

                                                          SINOPSIS

                        Tinjauan  penyeliaan  praktikum  guru  pelatih  Program  Ijazah  Sarjana  Muda
                        Perguruan (PISMP) IPG Kampus Keningau dan pengajaran matematik guru
                        mendapati kebanyakan murid Tahap Satu lemah untuk menguasai konsep
                        dan  kemahiran  pengiraan  operasi  tambah  dan  tolak  dengan  mengumpul
                        semula.  Justeru,  Magic  Ring  (MR)  direka  cipta  untuk  membantu  murid
                        melakukan  pengiraan  operasi  tambah  dan  tolak  bentuk  lazim  dengan
                        mengumpul semula antara sebarang dua nombor dalam lingkungan 1000 di
                        samping  memahami  konsep  operasi  tambah  dan  tolak.  Responden  kajian
                        ialah  40  orang  murid  Tahun  Dua  dan  Tahun  Tiga  dari  tiga  buah  sekolah
                        rendah  daerah  Keningau.  Ujian  Pra  dan  Ujian  Pasca  digunakan  untuk
                        mengumpul peratusan pencapaian penguasaan kemahiran operasi tambah
                        dan  tolak  sebelum  dan  selepas  pembelajaran  MR.  Dapatan  kajian
                        menunjukkan peningkatan min 62.0 peratus dan 60.0 peratus masing-masing
                        dalam Ujian Pasca operasi tambah dan operasi tolak. Melalui pemerhatian
                        pembelajaran murid dan komen guru, didapati MR berjaya menarik perhatian,
                        memupuk  minat,  meningkatkan  keyakinan  diri,  dan  pelibatan  aktif  murid
                        apabila melakukan penolakan dan penambahan antara dua nombor kerana
                        bentuk fizikal alat ini adalah berwarna-warni dan boleh menghasilkan bunyi
                        muzik  yang  menyeronokkan  apabila  MR  digoyangkan.  Hasil  kajian  telah
                        membuktikan MR merupakan alat Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang
                        berkesan  untuk  melakukan  pengiraan  operasi  tambah  dan  tolak  dengan
                        mengumpul semula serta konsep penambahan dan penolakan nombor.


                        RASIONAL PROJEK


                        Tinjauan penyeliaan praktikum guru pelatih PISMP IPG  Kampus Keningau
                        dan pengajaran Matematik guru mendapati kebanyakan murid Tahap Satu
                        lemah untuk menguasai konsep dan kemahiran pengiraan operasi tambah
                        dan  tolak  dengan  mengumpul  semula.  Murid  selalu  melakukan  kesilapan
                        apabila mengira jawapan bagi soalan yang melibatkan operasi tambah dan
                        tolak bentuk lazim dengan mengumpul semula. Mereka kebuntuan idea untuk
                        mendapatkan kaedah pengajaran operasi tambah dan tolak yang berkesan.

                        Inovasi alat Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Matematik Magic Ring ini
                        direka  cipta  untuk  membantu  murid  melakukan  operasi  tambah  dan  tolak
                        terutamanya  melibatkan  operasi  tambah  dan  tolak  antara  dua  nombor
                        dengan mengumpul semula yang disusun secara bentuk lazim iaitu antara
                        tiga digit dengan tiga, dua atau satu digit dalam lingkungan 1000 di samping
                        memahami konsep operasi tambah dan tolak.



                                                               58
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72